Advertisement

Wednesday 3 May 2017

Mendapat Hidayah, Mantan Bos Gangster Australia Ini Akhirnya Masuk Islam Dan Rajin Sedekah

Mendapat Hidayah, Mantan Bos Gangster Australia Ini Akhirnya Masuk Islam Dan Rajin Sedekah
 
Hidayah adalah hak milik Allah. Allah akan memberikan hidayah pada siapapun yang Dia kehendaki. Hidayah ini juga tak mengenal latar belakang dan masa lalu seseorang. Baik pada orang biasa mahupun orang yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Dengan erti kata lain, Hidayah boleh dikurniakan kepada sesiapapun sesuai kehendak Allah.
 
Vince Focarelli, salah seorang mantan pemimpin gangster berasal dari Australia, yang kini telah bertaubat dan memeluk Islam.


Dulunya Focarelli merupakan bos gangster Comanchero yang menguasai kawasan South Adelaide Australia. Di tahun 2010 hingga 2012, Focarelli menjadi target pembunuhan sesama gangster. Enam kali usaha pembunuhan hendak ditujukan padanya, mulai dari penembakan di supermarket, ledakan bom yang telah membunuh rakannya yang menjadi anggota gangster Hells Angels, hingga penembakan di Dry Creek pada Januari 2012 yang menyebabkan anaknya ( Giovanni) turut terbunuh.

"Kami sangat kehilangan Giovanni. Dia selalu ada di hati kami," kata Focarelli mengenang serangan yang juga membuatnya terluka dan dimasukkan ke penjara atas tuduhan penyeludupan narkoba.

Dan kini, Kehidupan Focarelli berubah 180 darjah. Ia bertaubat atas masa lalunya yang gelap. Ia memeluk Islam kemudian mendirikan restoran halal La'Fig Cucina di Carrington St dan menjauhi dunia kegelapan. Dengan restorannya itulah, Focarelli memberi makan tunawisma dan kaum dhuafa.

"Dia suka membantu, bahkan membuka restoran untuk memberikan makanan percuma kepada mereka yang miskin serta gelandangan." kata salah satu teman Focarelli yang tak mau disebut namanya, seperti dilansir Kabar Makkah dari Adelaide Now, beberapa waktu lalu.
Sumber:  rantaisupply.com

Monday 1 May 2017

Ketahuilah 6 Keistimewaan Bulan Syaaban

“Sesungguhnya, Allah s.w.t turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah

Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah tiga bulan dalam kalendar Hijrah umat Islam yang amat diagungkan serta dimuliakan oleh Allah s.w.t sebagai peluang kepada kita umat Islam untuk menggandakan amal ibadah.
Antara ketiga-tiga bulan ini, apa yang ingin dikongsikan adalah mengenai bulan Syaaban iaitu bulan pertengahan antara tiga bulan mulia ini yang juga bulan ‘warming up’ bagi umat Islam sebelum menempuhi puasa Ramadhan pada bulan berikutnya.
Mungkin, ada yang masih belum mengetahui apa yang ada dalam bulan Syaaban? Mengapa bulan itu termasuk dalam kategori bulan yang dimuliakan oleh Allah S.W.T dan pelbagai persoalan lagi.
Berikut dikongsikan beberapa hadis dan kalam ulama yang menyebut mengenai bulan istimewa ini;

#1 – Rasulullah S.A.W Berpuasa Lebih Banyak Pada Bulan Ini

Saidatina Aisyah r.a menyatakan;
“Tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan). Sesungguhnya, Baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.”Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

#2 – Bulan Yang Diangkat Segala Amalan

Usman bin Zaid menceritakan Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w;
“Wahai Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa Tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban.”
Lalu Baginda menjawab;
“Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu, aku (Baginda) amat suka kiranya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa’.”Hadis Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai

#3 – Diampunkan Dosa-Dosa

Saidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;
“Sesungguhnya, Allah s.w.t turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.”Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah

#4 – Allah S.W.T Membuka Pintu Rahmat-Nya

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah;
“Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah s.w.t membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidulfitri dan malam Eiduladha.”

#5 – Bulan Menambahkan Amalan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah s.w.t berfirman; ‘Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya’.”

#6 – Adanya Malam Nisfu Syaaban

Perkataan ‘nisfu’ itu adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud, ‘pertengahan’. Tahukah kita, di pertengahan bulan Syaaban atau lebih sinonim dipanggil sebagai ‘nisfu Syaaban’, sebelum memasuki bulan Ramadhan segala amalan setiap hamba Allah s.w.t akan diangkat ke langit dunia.
Baginda Nabi s.a.w turut menyarankan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan amal kebajikan pada malam tersebut.
Bahkan, sesetengah ahli tafsir ada yang menyatakan bahawa malam nisfu Syaaban itu adalah Malam Bara’ah atau malam keberkatan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca untuk melonjakkan lagi momentum ibadah kita semua untuk ‘dipersembahkan’ kepada Allah s.w.t.
Juga, sebagai persediaan untuk melalui bulan Ramadhan; bulan yang terkandung di dalamnya pelbagai keistimewaan dan ganjaran buat hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah.
 Kredit:Marina M. Arus

Sunday 30 April 2017

Dulu Pengkid & Bernafsu Dengan Kaum Sejenis, Wanita Ini Berubah Kerana Hidayah Allah

Berdakwah bukanlah tugas golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah semata-mata, tetapi juga Muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyampaikan perkara baik serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Cara dakwah yang baik dan berkesan adalah apabila dapat menarik orang lain untuk berhijrah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Itulah apa yang dilakukan oleh lelaki bernama Ali Zaik ini. Dia dihubungi melalui laman sosial oleh seorang wanita yang ingin berubah ke arah kebaikan. Wanita ini dulunya hanya bernafsu kepada kaum sejenis. Apakah yang mendorongnya untuk kembali ke jalan yang benar?


Kerana Hidayah Allah… 



Suka Perempuan Dari Sekolah Rendah!





Nak Berubah Sebelum Umur 30 Tahun…

 

Dekatkan Diri Dengan Orang Beriman!


 

Sponsored By