Advertisement

Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Sunday 23 April 2017

"Dulu Aku Selalu Tak Puas Hati Dengan Isteri Sebab Kalau Bagi Sedekah Dia Bagi Banyak, Tapi Rupanya..."



Jika makan di gerai makan, pasti kita akan melihat kelibat mereka-mereka yang meminta sedekh atau menjual tisu, kadang-kadang kita terfikir mereka ini betul-betul susah ataupun sendiket.

Ada antata kita yang bermurah hati memberi, ada yang mengangkat tangan tanda tidak mahu bagi dan ada yang tidak mengendahkan mereka ini.

Diceritakan oleh seorang lelaki kisah isterinya yang suka memberi sedekah kepada penggemis ini dengan jumlah yang banyak sehingga membuatkan beliau tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya itu.

Namun, akhirnya beliau tidak menyangka rupanya tindakan isterinya itu yang suka memberi membuatkan hidupnya berkat dan sentiasa cukup.

Jom kita baca cerita beliau.


Salam. aku nak cerita pasal isteri aku. isteri aku ni orangnya biasa-biasa sahaja. biasa bermaksud, urmm biasalah... haha.

suatu hari kami ke pasar. isteri aku memang selalu lah aku nampak sedekah cuma pada hari tu baru aku ternampak nilai yang dia sedekah tu. dia bagi rm 50. jadi dalam kereta aku tanyalah kenapa bagi banyak sangat, kot pakcik tu menipu ke. dia jawab menipu atau tak itu urusan pakcik tu dgn Allah, saya nak bantu je.

kalau betul susah ada anak bini lapar dekat rumah haa mcm mana. aku tanya lagi, tapi kenpa smpai 50. dia kata dia pernah terbaca kalau nak derma train diri bagi duit yg paling besar yg ada dalam purse.aku still tak puas hati tapi diamkan aje lah takut gaduh.

tapi sejak tu aku akan perhatikan bila dia derma. kadang 50, pernah 100, pernah juga 5 aje. lepas tu aku bukak dompet dia senyap2, memang tinggai singgit2 je pun.

isteri aku ni cikgu, sekolah asrama. budak selalu la nk pinjam duit. kadang datang ketuk pintu rumah sebab nk pinjam duit, dia bagi je. aku mcm biasa lah bising aku cakap kalau budak tak pulangkan macam mana.dia jwb biarlah, kita tolong anak orang nanti mintak2 anak kita pun orang tolong.

yang aku sedar pasal isteri aku ni, rezeki dia sangaaaat murah. gaji dia taklah besar mana, tapi sentiasa cukup. bagi mak ayah adik2 atok duit, belanja rumah selalu dia tolong bayar walau aku kata tak payah. pernah sekali tu kami belanja agak banyak bulan tu, tup2 dia dapat bonus banyak. alhamdulillah. tapi duit tu pun dia belanja untuk orang, diri sendiri tak. urusan dia juga Allah permudahkan.

dia pun sedar benda ni, kadang dia nangis. dia kata Allah sayang dia, tapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yg Allah beri. solat kadang lambat, mengaji sehari sekali je. tapi Allah tetap permudahkan. akuu fail sket bila perempuan nangis, cuma aku cakap la takpa mari kita sama2 cuba perbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu struggle dalam diri kita. manusia hanya akan tgk hasil, tapi Allah tengok usaha kita.

urmm macam mana nak simpulkan cerita ni haha. kesimpulan nya

1. jangan berkira dalam bersedekah, in sya Allah rezeki kau akan murah.

2. jangan pernah menghakimi orang. mungkin di mata manusia dia tak alim, tapi ada amal baik dia yg kita tak tahu

3. sayangi isteri anda. insan yang sntiasa ada waktu kau tergolek terkangkang. hargai pengorbanan mereka. kalau kau rasa isteri kau tak ckup bagus, kau tengok cermin dulu. kalau kau rasa kau memang dah bagus, ubah lah isteri kau jadi macam kau. ( haha tetiba, tapi dua tiga menjak ni banyak sangat cerita laki kawen dua tiga)

ok itu sahaja. chow amin

Kanak-Kanak ini Hampiri Kereta Dengan Niat Untuk Minta Sedekah, Tapi Bagi Semua Wang Dalam Poketnya Selepas Dengar Kisah Wanita Dalam Kereta itu




Kenya - Seperti hari-hari biasanya, John Thuo memulakan 'tugas sehariannya' dengan menghampiri kereta dan meminta sedekah.

Namun ketika sedang meminta sedekah pada satu hari, Thuo ditakdirkan bertemu dengan seorang wanita bernama Gladys Kamande.

Thuo menghampiri kereta yang dinaiki oleh Kamande dan meminta wang. Dalam masa yang sama, Thuo bertanya mengapa Kamande memakai mesin di badannya. Kamande kemudian menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada dirinya.

Menurut portal shareably, Kamande terpaksa menggunakan mesin untuk meneruskan hidup akibat kegagalan hati. Mesin yang dipakai oleh Kamande membawa sebuah penumpu oksigen, penjana dan silinder oksigen yang sentiasa beradanya bersama-sama. Malah, Kamande juga pernah menjalani 12 pembedahan kerana masalah-masalah kesihatan. Selain itu, Kamande juga buta disebabkan kerosakan saraf.

"Jantung saya sudah rosak, saya tak boleh bernafas secara normal, dan sebab ini saya guna tangki oksigen", katanya Komande kepada kanak-kanak itu.


 Mendengar kisah terbabit, Thuo mula mengalirkan air mata. Apabila sedar yang dia langsung tidak boleh membantu wanita terbabit, Thuo menangis semakin kuat.

Thuo kemudiannya berdoa kepada wanita itu dan memberi kesemua wang yang ada di dalam poketnya supaya dapat membiayai rawatan wanita terbabit. Ketika kejadian itu, seorang individu sempat mengambil gambar dan memuat naik kisah terbabit di Facebook. Kisah tersebut juga turut mendapat perhatian media-media tempatan dan antarabangsa.


 Hasil dari viral, satu kempen yang dijalankan bagi memungut derma untuk Kamande berjaya mengutip lebih RM 128,000.

Komande kemudian dibawa ke India untuk rawatan.

Namun, berita viral itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Kamande. Hidup Thuo pula berubah apabila satu keluarga baik mengambilnya sebagai anak angkat pada akhir tahun 2016 lalu dan dengan segera membawa kanak-kanak itu ke sekolah.




Sumber: huffingtonpost.detr.newsnershareablynairobiwire

Sponsored By