Sahabat yang positif akan membangunkan kita dari
terus terjatuh dan berputus asa, bahkan dia akan mengingatkan kita untuk
bersyukur atas hikmah ujian Allah s.w.t. Saat kita berduka sahabat
sejatilah tongkat untuk kita bangkit kembali. Saat kita gembira dia ada
tersenyum bersama kita.
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Mahukah aku tunjukkan pada kalian tentang sesuatu yang darjatnya lebih utama daripada solat, puasa, sedekah?”Para sahabat menjawab,
“Mahu, wahai Rasulullah!’Baginda s.a.w menjawab,
“Perbaiki pergaulan, kerana rosaknya hubungan baik bererti mencukur, aku tidak mengatakan mencukur rambut, tapi mencukur agama.”Hadis Riwayat at-TirmidziSesungguhnya begitulah pentingnya menjaga persahabatan, dan begitu buruk kesannya jika memutuskan persahabatan itu. Jagalah hubungan dengan sahabat baik dan niat bersahabat kerana Allah s.w.t.
Lalu bagaimana sifat-sifat sahabat baik yang sejati kerana Allah? Berikut adalah antara sifat-sifatnya;
#1 – Sering Mengingatkan Kepada Allah S.W.T
Imam Syafie pernah berpesan;“Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam merangka ketaatan kepada Allah s.w.t, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang sebaik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”Oleh itu, sahabat yang sejati adalah yang selalu mendorong kita untuk membuat kebaikan ke jalan yang dirahmati Allah s.w.t. Dia juga tidak akan membiarkan kita untuk lalai mendirikan solat, berpuasa dan ibadah lain.
#2 – Rela Dimarahi Demi Kebenaran
Sahabat yang sejati sebenarnya tidak akan marah dan menyesal sekalipun dirinya dibenci atas tegurannya yang membawa kebaikan kepada kita. Ini kerana tujuan utamanya adalah untuk tidak terus membiarkan kita melakukan kesalahan. Sahabat sejati juga adalah pemberi ingatan yang baik dan setia.#3 – Sentiasa Kelihatan Ceria Dan Menenangkan
Walaupun dalam menghadapi masalah, seorang sahabat sejati akan berusaha untuk menutupi permasalahannya itu agar dapat kelihatan ceria dan gembira apabila bersama kita.Sahabat yang baik adalah apabila dia mampu melindungi kesedihan itu tanpa diketahui dan dibimbangi oleh sahabatnya yang lain.
“Jangan abaikan kebaikan sekecil apapun, meski hanya dengan menjumpai saudaramu dengan wajah berseri-seri.” Hadis Riwayat Muslim dan Tirmidzi
#4 – Penyokong Dan Pemberi Semangat
Seorang sahabat sejati tidak menemani kita mengeluh dan sama-sama menyesali tanpa berbuat apa-apa. Tetapi dialah yang memulihkan keadaan dengan membantu kita sedaya upanya.Dia juga sahabat yang positif untuk membangunkan kita dari kejatuhan dan putus asa, selain mengingatkan kita untuk bersyukur atas hikmah ujian Allah s.w.t.
#5 – Bersama-sama Dalam Setiap Keadaan
Apapun yang terjadi pada kita, seorang sahabat yang sejati tidak akan meninggalkan kita. Ini kerana tujuannya bersahabat adalah kerana Allah s.w.t dan bukan menyayangi kita kerana kepentingan dirinya semata-mata.Oleh itu, dia akan selalu berada dengan kita dalam setiap keadaan yang bermasalah, gembira dan sebagainya. Andai kita jatuh sekalipun dia sentiasa ada untuk membangunkan kita kembali pada bila-bila masa dengan ikhlas.
Para ulama lainnya berkata:
“Seorang sahabat adalah orang yang tidak ingin dirimu menderita, akan terus memberimu semangat ketika engkau sedang kelemahan. Tidak ikut mencaci ketika orang lain mencacimu.”
#6 – Menjaga Rahsia Dengan Baik
Seorang sahabat sejati adalah tempat yang paling baik untuk menyimpan rahsia dan orang yang paling kita percaya. Bahkan bermati-matian untuk terus menyimpan rahsia itu. Dengan itu, sudah tentu sahabat sejati ini bukan sesekali pengkhianat kepada kita.Anas bin Malik pernah diberitahu tentang suatu rahsia oleh Rasulullah s.a.w, Anas berkata;
“Nabi s.a.w merahsiakan kepadaku suatu rahsia. Aku tidak menceritakan tentang rahsia itu kepada seorang pun setelah beliau (wafat). Ummu Sulaim pernah menanyakannya, tetapi aku tidak memberitahukannya.”Hadis Riwayat al-Bukhari
#7 – Sentiasa Ada Waktunya Untuk Kita
Seorang sahabat sejati selalu ada untuk kita, bahkan sentiasa bersedia untuk berada dengan kita pada bila-bila masa pun. Apatah lagi di saat kita memerlukannya untuk meluahkan kesedihan, meminta bantuan mahupun meminta pendapatnya.Dia tidak akan mencari alasan dan melengahkan waktu untuk sahabat baiknya sendiri, sehinggakan waktunya yang sibuk pun dikatakan tidak sibuk hanya untuk sahabatnya itu semata-mata.
“Tidaklah seorang menemani sahabatnya, meskipun hanya sesaat di siang hari, kecuali ia akan ditanya (tentang tanggung jawabnya) dalam persahabatan itu, apakah dia melaksanakan hak-hak Allah atau mengabaikannya.”al-Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumu al-DiinDalam ciri-ciri ini masih adakah sahabat sejati sebegini di zaman ini? Ayuhlah kita bersama-sama menjadi sahabat yang baik yang bersahabat kerana Allah s.w.t, bukan kerana kepentingan diri yang sudah tentu tidak mendapat apa-apa manfaat.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah apabila dia tiada kelak pun akan disebut-sebut kerana jasa dan kebaikannya. Bukan apabila dia tiada menjadi keseronokan pada orang lain pula. Ayuh kita jadi dan cari sahabat yang baik.
Rasullulah s.a.w bersabda;
“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang mukmin yang bertakwa.”Kredit: Rabiatul Adaweeyah ·