Advertisement

Saturday, 8 April 2017

Resepi Ustaz Don Didik Anak-anak Kecil Patut Ditiru

Pasangan merpati dua sejoli, Don Daniyal Don Biyajid dan Husna Mohd. Zahry sudah empat tahun hidup bersama. Hasil perkongsian hidup mereka berdua, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang putera comel. Don Mustofa dan Don Ibrohim adalah tanda cinta serta terjemahan cinta dan kasih suci antara keduanya.
 
Ditanya tentang cara didikan anak-anak, Ustaz Don tidak lokek berkongsi ‘resipi’ yang diamalkannya. Bagi Ustaz Don, amalan yang baik seharusnya dikongsi agar mendapat manfaat.
 
 
 
“Saya kongsi serba sedikit amalan yang saya terapkan pada anak-anak. Selalunya setiap kali saya solat, anak-anak akan ada bersama saya. Dengan keberadaan mereka, secara tidak langsung, saya dapat mendidik anak-anak tentang solat. Azan mesti diperdengarkan sama ada di kaca televisyen mahupun kita sendiri yang mengazankan.
 
“Begitu juga dengan Qasidah. Kerap didengarkan kepada anak-anak. Jika anak-anak gemar menyanyi, biarkan. Dengan cara ini mereka dapat mengenal huruf. Perkara paling penting ialah dari segi kebersihan. Kedua anak-anak saya mandikan sendiri sejak mereka masih bayi lagi. 
 
“Saya mengelakkan daripada menggunakan tisu basah setiap kali ingin membersihkan kotoran pada anak-anak. Bagi saya, lebih afdal menggunakan air kerana lebih terjamin kebersihannya. Apabila kita menjaga kebersihan nescaya terhindarlah kita daripada gangguan syaitan,” kongsi Ustaz Don. 
 
Sempat juga penulis melontarkan pandangan Husna mengenai suaminya. Sebagai insan yang paling dekat dengan Ustaz Don tentu sekali ramai yang ingin tahu tentang Ustaz Don di mata isterinya.
 
“Ustaz Don seorang suami dan bapa penyayang. Namun dalam masa yang sama dia seorang yang tegas dan pandai memujuk anak-anaknya. Dari segi menguruskan anak-anak dia memang pakar. Malah dia tidak pernah kekok menguruskan anak-anak meskipun masih bayi seperti menukar lampin dan memandikan mereka.
 
“Sebab itulah ketika saya keluar bekerja, saya tidak pernah risau meninggalkan anak-anak bersama suami. Hal ini kerana saya tahu suami boleh menguruskan anak-anak dengan baik,” ungkap Husna, jujur.
 
Dalam perkembangan lain, selain bertugas sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Don juga aktif dengan perniagaan jenama pakaiannya, Don Donna Clothing. Di kesempatan ini juga Ustaz Don ingin memperjelaskan bahawa beliau tiada sebarang akaun Instagram mahupun Twitter. 
 
Akui Ustaz Don, akaun yang ada adalah akaun palsu. Beliau hanya ada akaun facebook peribadi atas nama Daniyal Biyajid. Selain itu akaun facebook rasmi yang berkaitan dengan Ustaz Don ialah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid: Solat & Selawat dan Kuiscell serta akaun rasmi Instagram iaitu 30 Minit Ustaz Don.  

Kredit:Mingguan wanita
 

Rezeki itu dari Allah bukan dari manusia


📌Tazkirah Ringkas

📑REZEKI ITU ADALAH DARIPADA ALLAH DAN IA DITURUNKAN KEPADA KITA MENURUT KADAR DAN MASA TERTENTU

Firman Allah SWT :

ÙˆَØ¥ِÙ†ْ Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ø¥ِÙ„َّا عِÙ†ْدَÙ†َا Ø®َزَائِÙ†ُÙ‡ُ ÙˆَÙ…َا Ù†ُÙ†َزِّÙ„ُÙ‡ُ Ø¥ِÙ„َّا بِÙ‚َدَرٍ Ù…َعْÙ„ُومٍ

[Surat Al-Hijr 21]
‎Terjemahan :
"Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu."

📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti


Friday, 7 April 2017

Tutorial Bagaimana Masukkan Gambar Anda Sendiri Untuk Hasilkan Gambar Profil Guna Aplikasi Fokus N Filters Yang Tengah Tular Ini


Nampaknya dalam dua tiga hari ini kita telah dilanda trend baru iaitu menulis nama dalam bentuk yang kreatif menggunakan aplikasi telefon bimbityang menjadi kegilaan ramai netizen.

Boleh dilihat di laman media sosial terutamanya Facebook ketika ini rata-rata gambar profil telah ditukar dengan gambar-gambar edit berkenaan yang diedit menggunakan aplikasi Fokus N Filters dan PicsArt.

Ramai tertanya-tanya bagaimana hendak hasilkan gambar-gambar berkenaan? kepada mereka yang belum tahu jom ikut langkah-langkah dibawah seperti yang telah dikongsikan oleh saudara Muhammad Amir Iddin di laman Facebooknya.

Jom ikut langkah-langkah ini.
1. Install Aplikasi PicsArt dan Focus N Filter terlebih dahulu ya
2. Dah selesai install app masuk kat picsart dan pilih pic anda yang cun meletop tu dan cari tools MAGIC

(tips saya nak nampk pic tu lawa.. saya sarankan anda makeup la sikit dan tambah barang2 mcm princess gitu sikit... sebab smua ni akan ada effect nnti setelah anda selesai edit nnti)


3. Step ni anda kena bersabar banyak sebab kena tunggu dia pnya loading... step ni mmg menguji kesabaran kita... sabar k... jangan baling henset plak nnti



4. Tadaaaaaaa..dah siap... pic real ke kartun... senangkan


5. Save



 6. Dah selesai save...keluaq dan discard



7. Dah selesai keluaq dan discard tadi hasilnya lebih kurang macam ni.... background ni saya dah save dekat apps filter n focus siap siap dah....


8. Step ni anda pilih add photo... untuk nak tempek photo yang kita dah siapkan tadi...




9. Step ni just nak adjust gmbar kita bagi nampk elok n kemas gituuuuu..... tekan tools eraser je nak adjust n padam kat area tepi tu



10. Dah setle adjust sila save.


11. Bila dah save boleh tambah nama anda di aplikasi Fokus N Filters pula, senang je kan? selamat mencuba

‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!!

‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!! | Saya nak kongsi kisah saya dengan isteri. Kami sudah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak. Isteri saya ini cantik, comel, manja, pandai memasak dan pandai menjaga hati saya serta menghormati saya sebagai suami. Dulu saya susah, pernah diberhentikan kerja. Saya hanya mampu memberi isteri makan telur dengan kicap sahaja. Pernah sekali di mana selama sebulan kami makan ikan kering, telur kicap sahaja. Tetapi isteri tidak pernah mengeluh.


Jiran-jiran beli barang kemas baru, isteri tak pernah bersuara apa-apa pun. Jiran dapat shopping baju baru, isteri relax saja dan tak pernah merungut apa-apa tentang kesusahan yang dia alami. Kami sama-sama mencari kangkung di parit pun, dia masih mampu ketawa terbahak-bahak sebab dia cari kangkung sampai tergolek-golek dalam parit. Hahaha! Lawaklah si comel saya ini. Sayang betul pada dia, satu-satunya perempuan yang sanggup susah senang bersama saya. Saya selalu minta maaf pada isteri sebab tidak mampu belikan dia apa-apa. Tetapi dia sentiasa bisikkan ke telinga saya. “Selagi saya hidup, saya akan menjadi pendamping abang walau sesulit mana,” katanya.

 Kami dikurniakan anak kembar dua. Alhamdulillah, semakin lama rezeki kami semakin bertambah. Kini hidup saya dan keluarga lebih senang, ada perniagaan sendiri. Tidak lupa juga saya sentiasa membawa si comel iaitu isteri saya yang sentiasa ada dalam susah dan senang. Sekarang saya mampu membelikan apa sahaja yang dia teringin miliki dari dulu. Saya selalu berikan dia hadiah, kerana dia banyak berjasa kepada saya. Paling saya nak beri kepada dia adalah seutas gelang emas yang saya tahu dia sangat mengidamkannya. Tidak lupa juga saya berikan seutas gelang emas yang sama kepada wanita yang hebat juga dalam hidup saya iaitu ibu saya.

 Saya bawa mereka pergi bercuti bersama anak-anak. Saya peluk mereka dengan erat kerana merekalah pendamping terhebat dalam hidup saya. Saya sayang si comel saya. Kepada para suami di luar sana, hargailah isteri dan anak yang banyak berkorban dalam hidup anda. Besar pengorbanan mereka, hormatilah ibu dan isteri kerana isteri juga seorang ibu. Jangan lupa juga pada ibu yang melahirkan kita.

KREDIT :kakishare

Thursday, 6 April 2017

Surah Ini Mampu Membantu Musnahkan Sel Barah Kanser..Sebarkan

 Lapan surah ini jika diamalkan secara berterusan insyaallah mampu memusnahkan kanser barah. Jika tidak mampu membacanya sendiri, boleh sesiapa sahaja untuk membacakannya.


Sebelum memulakan baca ini dulu :

  • Istigfar 10 kali
  • Salawat Nabi 10 kali
  • Al Fatihah 1 kali

Kemudian sediakan air di dalam botol, setiap kali surah dibaca, tiupkan kepada air. pesakit dinasihat minum air setiap hari atau sapu atau mandi pada anggota yang terkena barah.
Antara surah-surah tersebut :

  1. Surah Al Maidah Ayat 82-91
  2. Surah Al Araf Ayat 70-81
  3. Surah Ar Ra’d Ayat 16-28
  4. Surah Al Anbiyaa’ Ayat 38-50
  5. Surah Asy Syu’ara Ayat 185-227
  6. Surah Az Zummar Ayat 42-52
  7. Surah Ghafir Ayat 67-77
  8. Surah Az Zukhruf Ayat 52-70

Moga-moga dengan mengamalkan surah-surah ini mampu membantu menyembuhkan penyakit di atas KekuasaanNYA. Insyaallah.

Sumber dipetik dari perkongsikan rakan di facebook.

MasyaAllah!! Inilah 10 Sifat Dari Seorang Isteri yang Boleh Menderaskan Rezeki Suami



 Banyak suami yang mungkin tidak tahu kalau rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peran istri. Memang tidak dapat dilihat secara kasat mata, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual kalau 10 karakter istri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.

1. Istri yang pandai bersyukur
Istri yang bersyukur atas semua karunia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami istri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).

2. Istri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).

Bila seseorang istri bertawakkal pada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Bisa jadi Allah akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.

3. Istri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan kalau wanita dinikahi karena empat perkara. Karena hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya. “Pilihlah karena agamanya, niscaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim). Beruntung itu beruntung didunia dan di akhirat. Beruntung didunia, salah satu aspeknya yaitu dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Coba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau nasibnya mengenaskan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat pada Allah namun rezekinya lancar? Bisa jadi Allah akan memberi rezeki pada istri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi karena taqwa istrinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah lalu mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada istrinya.

4. Istri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar yaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

5. Istri yang gemar silaturahim

Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada intinya ia tengah menolong suaminya membuat lancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Istri yang suka bersedekah
Istri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah seperti disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sampai 700 kali lipat. Bahkan sampai kelipatan lain sesuai kehendak Allah.

Bila istri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak segera dibalas melaluinya. Tetapi bisa jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) untuk siapapun yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui. ” (QS. Al Baqarah : 261).

7. Istri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Seperti firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa pada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rizki dari arah yg tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).

8. Istri yang selalu mendoakan suaminya
Bila seorang ingin mendapatkan suatu hal, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak dapat mendapatkan suatu hal itu tetapi dari pemiliknya. Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan hanya mengandalkan usaha manusiawi tetapi perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah bila istri berdoa pada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“DanTuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu niscaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir : 60).

9. Istri yang suka shalat dhuha
Shalat dhuha adalah shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah setiap persendian. Shalat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia ada 360 sendi, yang semuanya harus di keluarkan sedekahnya. ” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang dapat melakukan itu wahai Nabiyullah? ” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada didalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan suatu hal yang mengganggu dari jalan adalah Jadi bila engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), jadi dua raka’at Dhuha telah mencukupimu. ” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Saya cukupkan untukmu di sepanjang hari itu. ” (HR. Ahmad).

10. Istri yang taat dan melayani suaminya
Salah satu kewajiban istri pada suami adalah mentaatinya. Selama perintah suami tidak dalam rangka mendurhakai Allah dan RasulNya, istri wajib mentaatinya.
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang istri taat pada suaminya, jadi hati suaminya juga tenang dan damai. Saat hatinya damai, ia dapat berpikir lebih jernih dan kreatifitasnya muncul. Semangat kerjanya juga menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rizki mengalir lancar.

sumber : merdekasianaislam.blogspot.com

Tips Melepasi Titian Siratul Mustaqim

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

.
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah ï·º bersabda: “Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan.’
Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan.”

Lalu Rasulullah ï·º bertanya:  “Pernahkah kamu melihat duri pokok Sa’dan?”

Para sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda ï·º menyambung: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada ketika itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah Siratul Mustaqim yang sedia menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah ï·º dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada Siratul Mustaqim ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah ï·º pernah bersabda mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, sukar sekali untuk kaki berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
.
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.ha, Rasulullah ï·º menggambarkan bahawa sifat titian itu adalah lebih nipis dan halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
.
Siratul Mustaqim di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan Allah سبحانه وتعالى, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah سبحانه وتعالى ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata: Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesukaran berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.
.
.
Tips Dan Pantang Larang Siratul Mustaqim
.
Rasulullah ï·º pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas titian sirat.
Antaranya adalah:
  • Mentaati perintah Allah سبحانه وتعالى
  • Melakukan solat fardhu 5 waktu
  • Melazimkan diri hadir ke masjid
  • Mengharmonikan masyarakat
  • Banyakkan bersedekah
.
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu ialah melakukan dosa-dosa besar termasuklah memaki hamun dan membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin
.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, Rasulullah ï·º  bersabda:
 “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
.
 .
Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m / s: 146
 .
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 Kredit:shafiqolbu.wordpress.com

Wednesday, 5 April 2017

Lima Makanan Yang Redakan Sakit Kepala

Stres, tidak cukup tidur, badan tidak cukup rehat juga cuaca panas antara faktor yang menyebabkan kita sakit atau pening kepala.



Ia bukan satu isu kesihatan baru. Selain mengambil ubat atau menyapu minyak panas, anda juga boleh redakannya dengan memakan lima makanan ini. Siapa tahu ia mungkin berkesan untuk anda.
Tembikai
Salah satu punca pening kepala ialah dehidrasi, dan memakan tembikai adalah salah satu cara mudah untuk menghidrat kembali tubuh anda. Ia mengandungi air yang tinggi dan juga gula yang sihat. Sama ada memakannya terus atau jadikannya jus, tembikai berkesan menyalurkan kembali kekurangan air dalam badan. Ia juga ringan dan punya efek penyejuk badan (cooling).
Cendawan
Cendawan punya kandungan vitamin B2 yang tinggi yang mana nutrien ini penting untuk memberi tenaga sekaligus meredakan pening kepala. Selain cendawan, brokoli dan bayam juga mewah dengan manfaat vitamin B2. Vitamin B2 juga dikenali sebagai riboflavin yang mana ia bertindak menyalurkan tenaga daripada serapan karbohidrat, lemak dan protein.
Salmon
Salmon mengandungi omega-3 fatty acids yang bertindak mengurangkan keradangan dan juga pening kepala. Selain salmon, ikan sardin juga juga boleh dijadikan pengganti. Menurut kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, minyak ikan yang ditemui dalam ikan seperti salmon dan sardin mengandungi bahan anti-radang semula jadi yang bertindak mengurangkan kesakitan kepala juga migrain.
Yogurt
Mengambil snek ringan yang tinggi kandungan kalsium juga boleh merehatkan badan juga kepala. Selain dehidrasi, pening kepala juga mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pilih yang tidak mengandungi lemak seperti Yogurt Greek. Satu kajian yang dijalankan Universiti Manchester, United Kingdom, wanita yang mengambil 4.4 auns yogurt setiap hari Berjaya mengurangkan masalah inflammation termasuklah pening kepala.
Pisang
Ini salah satu pilihan yang anda ada jika diserang sakit kepala. Pisang punya kandungan magnesium yang tinggi yang mana ia bertindak merehatkan saluran darah sekaligus meredakan sakit kepala. Pisang juga mewah dengan potasium.
Sumber: Majalah EH

Tuesday, 4 April 2017

Lakukan Lima Amalan Ini Agar Raih Keberuntungan

Setiap orang tentu menginginkan kehidupan yang senantiasa dihiasi dengan keberuntungan. Banyak orang yang menganggap bahwa kelimpahan harta bisa menjadi salah satu tolak ukur seseorang dikatakan beruntung.

Bagi mereka dengan banyaknya harta yang dimiliki akan membuat hidupnya menjadi lebih baik. Oleh sebab itu, mulai timbul sikap ambisus di dalam diri seseorang untuk keberuntungan tersebut. Bahkan mereka akan melakukan segala cara untuk mencapai tujuannya.
Namun, hal tersebut justru bisa membuat mereka terjerumus dalam dosa. Padahal ada banyak cara untuk mendapatkan keberuntungan, salah satunya adalah dengan melakukan amalan kebaikan. Lantas amalan apa saja yang membawa keberuntungan tersebut? Berikut informasi selengkapnya.



1. Amar Makruf Nahi Munkar
Amalan pertama yang bisa membawa kita untuk meraih keberuntungan adalah amal makruf nahi munkar. Sebagai manusia yang mengemban amanah untuk menjadi pemimpin di muka bumi, kita tidak hanya diwajibkan untuk beribadah kepada Allah SWT saja. Akan akan tetapi kita harus menebarkan kebaikan kepada setiap makhluk.

Allah SWT memberikan waktu dengan porsi yang sama kepada setiap hamba-Nya. Oleh karena itu, kita harus mampu memanfaatkan setiap waktu tersebut untuk melakukan kegiatan yang bermanfaat untuk sesama. Dengan demikian, maka dirinya akan menjadi mukmin yang beruntung. Allah SWT berfirman:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS Ali-Imran [3]: 104).

Abu Ja’far al-Baqir meriwayatkan, Rasulullah membaca firman Allah di atas lalu berkata: Yang dimaksud dengan kebaikan ini adalah mengikuti al-Qur’an dan sunnahku. Amalan yang makruf adalah amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Sedangkan munkar adalah perbuatan yang menjauhkan diri dari Allah.

2. Berjihad Di Jalan Allah

Amalan kedua yang membawa manusia untuk meraih keberuntungan adalah dengan berjihad di jalan Allah SWT. Jihad diartikan sebagai mencurahkan seluruh kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir.  Allah SWT berfirman:

“Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan jiwa. Mereka itu memperoleh kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. At-Taubah [9] :88).

Istilah jihad sendiri sering digunakan untuk melawan hawa nafsu, setan dan orang-orang fasik. Ada banyak cara untuk melakukan jihad, di antaranya dengan mempelajari, mengamalkan dan mengajarkan agama Islam. Menolak segala bentuk syubhat dan syahwat untuk melawan setan.

Ada banyak hikmah yang akan diperoleh apabila seseorang melakukan jihad. Ibn Taimiyah dalam kitab Majmu’ Fatawa mengatakan bahwa pada hakikatnya jihad adalah meraih apa yang dicintai Allah berupa iman dan amal shaleh, dan menolak apa yang dibenci Allah, berupa kekufuran dan maksiat. Keutamaan jihad telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Allah akan menyediakan ganjaran bagi hamba-Nya yang berjihad dengan niat yang mulia.

3. Sami’na wa atha’na
Amalan selanjutnya yang membuat manusia meraih keberuntungan adalah Sami’na wa atha’na. Sami’na wa atha’na bisa disebut sebagai penghulu kata dalam membuktikan eksistensi keimanan seseorang. Allah berfirman:

“Hanya ucapan orang-orang mukmin, yang apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasul-nya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, mereka berkata, “kami mendengar dan kami taat.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS An-Nur [24]: 51).

Orang yang melaksanakan amalan ini tidak akan terjebak dalam pertanyaan mengapa Allah memerintakan begini atau melarang begitu di dalam Al-Qur’an. Akan tetapi syahadat yang dimilikinya sudah mengakar sehingga ia terdorong untuk melaksanakan segala perintah dari Allah SWT dan Rasul-Nya serta menjauhi apa yang sudah dilarang. Dengan keimanan tersebut tentulah orang itu akan mendapatkan keberuntungan dalam hidupnya.

4. Shalat dan Zakat

Shalat dan zakat menjadi amalan selanjutnya yang dapat membuat manusia meraih keberuntungan dalam hidupnya. Shalat dan zakat menjadi dua pilar utama bagi manusia dalam beribadah kepada Allah SWT.

Shalat merupakan amalan paling utama dan menjadi ibadah yang pertama kali dihisab saat di akhirat kelak. Shalat menjadi salah satu ibadah yang bisa menjadi tameng ampuh bagi manusia untuk membentengi dirinya dari segala macam bentuk kemaksiatan.

Sedangkan zakat merupakan ibadah yang berdimensi infiradi (personal) dan jama’i (sosial). Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahwa zakat yang dikeluarkan karena ketaatan kepada Allah dngan harapan dapat mensucikan jiwa dari segala kotoran dan dosa. Selain itu, zakat juga mampu menumbuhkan rasa cinta kasih orang-orang yang lemah dan miskin. Allah SWT berfirman:

“Yaitu orang-orang yang melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. Merekalah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. Lukman [31]: 4-5).

5. Menjauhi Riba
Amalan terakhir yang bisa dilakukan untuk meraih keberuntungan adalah dengan menjauhi riba. Pada saat ini riba menjadi suatu hal yang paling dekat pada diri manusia. Praktek riba tersebar dimana-mana, hal ini tidak terlepas dari strategi musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Parahnya lagi, praktek riba ini sudah dianggap biasa di kalangan masyarakat. Padahal apabila kita mampu menjauhi perbuatan riba, maka akan mudah bagi kita untuk meraih keberuntungan.

Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda, dan bertakwalah kepada Allah agara kamu beruntung.” (QS. Ali Imran [3]: 130).

Demikianlah informasi mengenai lima amalan yang dapat dilakukan agar mendapatkan keberuntungan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Lakukanlah amalan-amalan di atas, agar Allah SWT selalu melimpahkan keberkahan pada hidup kita. 

Kredit:infoyunik.com

Sunday, 2 April 2017

Ramai Orang Tak Tahu !! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri!! Sebarkan pada Semua !!


Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.


---> ABDULLAH,Kuching

Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.


Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.


Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.


Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.

kredit: alamatalamatkiamat.blogspot.my

Sponsored By