Saya perasan perkara ini sudah lama. Saya memang jenis yang suka kutip
kucing di tepi jalan, di kedai makan dibawa pulang ke rumah dan beri
makan. Saya tak pernah beli kucing-kucing mahal sebab tak mampu. Boleh
dikatakan pada satu masa, bilangan kucing yang saya kutip boleh mencecah
29 ekor. Tetapi di rumahlah, di asrama tak ada pula saya nak bela
sampai berpuluh-puluh ekor.
Nak dijadikan cerita, semasa zaman belajar, saya ada mengutip seekor
kucing ini dan bela di dalam bilik. Kasihan si comel itu, kepalanya
tersangkut di celah tayar basikal. Entah macam mana boleh tersangkut pun
saya tak pasti.
Jadi, saya selamatkan dan bela dia. Momo, nama diberi. Masa belajar
biasalah elaun kadang-kadang datang lambat. Nak minta duit dari mak dan
ayah selalu pun rasa segan pula. Duit pula banyak digunakan untuk
membeli bahan bacaan dan untuk mengajar, praktikal dan sebagainya
memandangkan saya belajar di sebuah maktab.
Tetapi, walaupun kadang-kadang duit saya selalu short, perut saya tidak
pernah kosong. Setiap hari macam ada saja rezeki untuk saya. Ada
kawan-kawan yang belanja makanlah, lecturer buat potluck lah, jamuan itu
inilah, ada makcik sedekah buburlah, kawan tiba-tiba buat birthday
party dan macam-macam lagi. Semua dalam bentuk makanan.
Kadang-kadang saya pernah sampai tahap risau sebab tak ada duit nak bagi
si Momo ini makan. Tambahan pula makanan kucing agak mahal harganya.
Jadi, biasanya saya akan belikan nasi dan kongsi saja dengan Momo. Dia
bukannya makan banyak pun.
Masa itu saya tak sedar sangat. Tetapi bila sampai satu masa, ada
seminggu berturut-turut saya dapat makanan free. Kawan saya pun
tiba-tiba kata,
"Mungkin sebab Momo kot? Kau dah selamatkan dia, selalu beri dia makan, jadi dia selalu mendoakan kau,"
Kata-kata itu membuatkan saya terkedu. Boleh jadi, boleh jadi rezeki
saya dimurahkan sebab saya bersedekah pada haiwan kesayangan nabi. Tak
kisahlah rezeki dalam bentuk makanan pun, yang penting saya tak
kebuluran.
Sedekah bukan dalam bentuk duit sahaja kawan-kawan. Sedekah dalam bentuk
makanan pun boleh. Tak semestinya kena beri pada manusia, sedekah untuk
haiwan pun boleh juga. Murah rezeki kita nanti.
Ini pun saya tengah kutip seekor lagi kucing tepi jalan. Kaki dia tempat
kena gigit. Doakan Jojo cepat sembuh, manalah tahu Jojo doakan saya
cepat dapat jodoh pula. - Si Comel
No comments:
Post a Comment