Advertisement

Saturday, 15 April 2017

Istimewanya Solat Sunat Dhuha Hadiah Tak Ternilai Dari Tuhan

“Barangsiapa yang solat Dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”


Istilah ‘dhuha’ dapat ditemukan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-Araf:98, dan An-Nazi’at: 46. Perkataan ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘pagi hari’ atau sebagai ‘panas sinar matahari’, di tempat lainnya dalam surah Thaha:119.
Istilah dhuha juga mencakupi kedua-dua makna itu sehingga diertikan ‘sinar matahari di pagi hari’ (as-Syams:1). Pada tempat lain (an-Nazi’at :29), kata ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘siang yang terang’.
Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, ‘Demi waktu Dhuha’. Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.
Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.
Maka dengan itu, Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat Dhuha. Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat Dhuha?

#1- Sebagai Wasiat Dan Sunnah Rasulullah

Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha.
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ia berkata;
‘‘Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti. Iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir’.”
Hadis Riwayat Bukhari

#2- Nilaian Sedekah bagi Seluruh Sendi Tubuh Manusia

“Diriwayatkan dari Buraidah bahawa ia berkata, Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut.’ Para sahabat bertanya, ‘Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah’.”
Selain itu, solat Dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.

#3- Memperoleh Keuntungan (Ghanimah) Yang Besar

Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat Dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
Shahih al-Targhib: 666

#4- Dibangunkan Sebuah rumah di Syurga

Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang solat Dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
Shahih al-Jami’: 634

#5- Mendapat Rezeki dengan Segera

“Diriwayatkan dari Nu‘aim bin Hammar bahwa ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu’.”
Hadis Riwayat Abu Dawud

#6- Mandapat Pahala Umrah

Dari Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barang siapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
Shahih Al-Targhib: 673

#7- Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.
Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredaan Allah SWT.
Kredit:tazkirah.net/

Friday, 14 April 2017

6 Peristiwa Bermakna Di Bulan Rejab

Kita semakin menghampiri bulan Ramadan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Namun bulan Rejab juga bermakna kerana mengingatkan kita agar mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini pada masa terdahulu.



Selain menandakan kehadiran bulan Ramadan yang hampir tiba, bulan Rejab juga sering mengingatkan umat Islam untuk mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab pada masa-sama lalu.
Sebenarnya terdapat beberapa peristiwa penting dalam bulan Rejab yang padanya terdapat banyak hikmah dalam peristiwa tersebut, antaranya ialah;

#1 – Hijrah Pertama Dalam Islam

Hijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah s.a.w atau pada tahun 615M. Baginda memerintahkan untuk berhijrah kerana tekanan dan ancaman musuh Islam kepada Baginda sendiri dan umat islam ketika itu.
Walaupun Hijrah itu hanya melibatkan seramai 14 orang sahaja, tetapi ia sebagai satu usaha terpenting Baginda untuk menyelamatkan iman umat Islam daripada terjejas kerana ditekan dan kebanyakan mereka diseksa.
Rasulullah s.a.w sebenarnya sangat bimbang jika pengikut Baginda kembali kepada ajaran asal akibat tidak tahan dengan ancaman dan tentangan yang mereka alami. Tambahan lagi jumlah penganut Islam ketika itu masih belum ramai dan belum kuat sepenuhnya.
Selain itu, penghijrahan itu juga sebagai satu usaha dalam menyebarkan Islam di Mekah dan tempat-tempat lain.

#2 – Israk Dan Mikraj

Peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w itu sudah menjadi sangat sinonim dengan jiwa setiap umat Islam. Peristiwa ini juga seolah-olah mempunyai roh yang tersendiri yang menjadi hikmah kepada banyak bidang dalam agama Islam.
Terdapat banyak khilaf dan pendapat tentang tarikh dan waktu terjadinya peristiwa bermakna ini. Namun yang lebih penting adalah falsafah terjadinya perjalanan Rasulullah s.a.w ini.
Ringkasnya, Israk Mikraj merupakan perjalanan Rasululalh S.A.W yang bermula dari Masjidil Haram menuju Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Israk Mikraj juga itu merupakan cara Allah ‘menghiburkan’ Rasulullah s.a.w yang pada tahun sama kehilangan isteri kesayangannya iaitu Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudara Baginda yang paling rapat, Abu Thalib.
Bahkan pada ketika itu juga Baginda melalui tentangan yang sangat hebat dalam usaha dakwah baginda menyebarkan Islam.
Terdapat banyak hikmah dalam perjalanan Rasulullah dalam seharian semalam yang ajaib itu. Antara yang terpenting dalam peristiwa ini adalah bermulanya perintah solat fardu lima kali sehari semalam yang diperintah oleh Allah kepada umat Islam melalui Baginda s.a.w.
Rasulullah juga ditunjukkan akan tempat dan pembalasan bagi dosa-dosa semasa hidup di dunia. Sesunguhnya Israk Mikraj mempunyai kisah tersendiri yang sangat panjang, istimewa dan menginsafkan.

#3 – Peperangan Tabuk

Peperangan ini berlaku pada tahun ke-9H dan menandakan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana wilayah Tabuk terletak di kawasan paling utara semenanjung itu.
Peperangan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w dan merupakan peperangan terakhir baginda. Peperangan ini dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah kerana kegerunan pasukan musuh yang menawarkan perdamaian dalam peristiwa itu.
Perang ini sebenarnya menguji kekuatan dan semangat umat Islam dalam mempertahankan keimanan dan maruah agama Islam.

#4 – Pembebasan Dan Kejatuhan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun.
Namun, kota itu ditawan kembali oleh musuh Islam dan memerintahnya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 58H.
Panglima Salahudin al-Ayyubi bersama-sama pasukan kaum Muslimin mengepung dan membebaskan kota al-Quds yang telah lama dikuasai oleh pasukan Salib itu.
Dengan kejayaan itu, umat Islam akhirnya kembali hidup di bawah pemerintahan Islam selepas beberapa puluh tahun di bawah belenggu penjajahan Kristian.

#5 – Lahirnya Imam Syafie

Imam Syafie adalah seorang tokoh yang diumpamakan sebagai permata bagi umat Islam. Beliau dilahirkan pada 150H, bersamaan 767M di Gaza, Palestin.
Imam Syafie merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan kehebatan memang tidak boleh disangkalkan lagi. Peningalan beliau yang paling berharga adalah kitab hasil karyanya, iaitu al-Umm.
Kebijaksanaan Iman Syafie dalam bidang keilmuan sangat dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata;
“Imam Syafie itu ibarat matahari bagi dunia.”

#6 – Penghapusan Sistem Khilafah

Selepas 760 tahun pembebasan wilayah Baitul Maqdis pada 28 Rejab 1342H atau pada 3 Mac 1924, sistem khalifah akhirnya dimusnahkan oleh seorang pemerintah sekular di Turki bernama Mustafa Kamal Pasha Atartuk.
Kesannya, konsep pemerintahan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w telah hilang dan wilayah Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam.
Bahkan pemerintahan secara berkhalifah diganti dengan cara ideologi Kapitalisme-Sekularisme yang menjurus ke arah kebaratan iaitu pemerintahan Republik.
Pelbagai perubahan dilakukan sehingga membawa kepada penghinaan kepada agama Islam, bahkan umat Islam yang berada dalam satu wilayah kekuasaan pemerintahan telah terpecah.
Wilayah Islam juga dipecahkan menjadi negeri-negeri kecil sebagai memenuhi konsep nasionalisme.

Kredit:tazkirah.net

'Berkat Bela Kucing, Saya Selalu Dimurahkan Rezeki'

Assalamualaikum. Di sini saya terpanggil untuk berkongsi tentang murah rezeki bila bela kucing. Ini dari pengalaman saya sendiri. Kalau saya saja yang rasa seperti ini, tak tahulah.

Saya perasan perkara ini sudah lama. Saya memang jenis yang suka kutip kucing di tepi jalan, di kedai makan dibawa pulang ke rumah dan beri makan. Saya tak pernah beli kucing-kucing mahal sebab tak mampu. Boleh dikatakan pada satu masa, bilangan kucing yang saya kutip boleh mencecah 29 ekor. Tetapi di rumahlah, di asrama tak ada pula saya nak bela sampai berpuluh-puluh ekor. 
Nak dijadikan cerita, semasa zaman belajar, saya ada mengutip seekor kucing ini dan bela di dalam bilik. Kasihan si comel itu, kepalanya tersangkut di celah tayar basikal. Entah macam mana boleh tersangkut pun saya tak pasti. 
Jadi, saya selamatkan dan bela dia. Momo, nama diberi. Masa belajar biasalah elaun kadang-kadang datang lambat. Nak minta duit dari mak dan ayah selalu pun rasa segan pula. Duit pula banyak digunakan untuk membeli bahan bacaan dan untuk mengajar, praktikal dan sebagainya memandangkan saya belajar di sebuah maktab. 

Tetapi, walaupun kadang-kadang duit saya selalu short, perut saya tidak pernah kosong. Setiap hari macam ada saja rezeki untuk saya. Ada kawan-kawan yang belanja makanlah, lecturer buat potluck lah, jamuan itu inilah, ada makcik sedekah buburlah, kawan tiba-tiba buat birthday party dan macam-macam lagi. Semua dalam bentuk makanan. 
Kadang-kadang saya pernah sampai tahap risau sebab tak ada duit nak bagi si Momo ini makan. Tambahan pula makanan kucing agak mahal harganya. Jadi, biasanya saya akan belikan nasi dan kongsi saja dengan Momo. Dia bukannya makan banyak pun. 
Masa itu saya tak sedar sangat. Tetapi bila sampai satu masa, ada seminggu berturut-turut saya dapat makanan free. Kawan saya pun tiba-tiba kata, 
"Mungkin sebab Momo kot? Kau dah selamatkan dia, selalu beri dia makan, jadi dia selalu mendoakan kau," 
Kata-kata itu membuatkan saya terkedu. Boleh jadi, boleh jadi rezeki saya dimurahkan sebab saya bersedekah pada haiwan kesayangan nabi. Tak kisahlah rezeki dalam bentuk makanan pun, yang penting saya tak kebuluran. 
Sedekah bukan dalam bentuk duit sahaja kawan-kawan. Sedekah dalam bentuk makanan pun boleh. Tak semestinya kena beri pada manusia, sedekah untuk haiwan pun boleh juga. Murah rezeki kita nanti. 

Ini pun saya tengah kutip seekor lagi kucing tepi jalan. Kaki dia tempat kena gigit. Doakan Jojo cepat sembuh, manalah tahu Jojo doakan saya cepat dapat jodoh pula. - Si Comel

Tidak Berkira Dengan Adik-Beradik, Allah Kurniakan Rezeki Lebih

Bila adik beradik bergaduh, sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga itu. Sebab itu, adalah penting untuk menjaga hubungan sesama adik beradik.


Kalau kita tengok ada yang adik beradik kita susah sikit dan Allah beri kita rezeki lebih, bantulah adik beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata Nabi SAW.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi. Nama beliau Haris, berumur 40’an, kaya raya, rumah besar nak mati. Dia suka membantu orang, banyak bagi pendapat dan membantu saya.
“Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik beradik walaupun saya kaya. Tetapi bila sudah kenal agama sikit-sikit, hidup saya berubah banyak. Saya banyak membantu adik beradik. Rupa-rupanya Allah beri lagi banyak kepada saya bila saya sudah mula tidak berkira dengan adik beradik saya.
“Jadi Khalil, kalau ada adik beradik yang susah, bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki pada you melimpah ruah,” katanya.

Terus teringat seorang ustaz pernah berkata, “Salah satu punca hidup kita sempit, susah, adalah disebabkan putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga,”
Ya Allah, takutnya. Ada adik beradik yang tidak bertegur sapa selama bertahun-tahun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik beradik kita walaupun kita tidak salah, Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.

Ustaz saya kata, “kita cepat maafkan orang di dunia ini, Allah mudah maafkan kita di akhirat kelak.”
Ya Allah, jadikanlah kami adik beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Allah, rapatkanlah hubungan kami adik beradik. Rahmatilah kami adik beradik, ampunilah dosa adik beradik kami kalau mereka ada buat salah pada kami. Amin.

Share dan tag pada adik beradik kita. Beritahu mereka yang kita sayang pada mereka. Sama-sama aminkan doa di atas.

Kredit:aliffchannel.com

Thursday, 13 April 2017

Akhirnya Terungkap !!! Kenapa Rasulullah Menyuruh Kita Mematikan Lampu Sebelum Tidur

Hadits tentang Manfaat mematikan lampu sebelum tidur- "Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).



Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad modern ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahwa tubuh hanya dapat memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya.
Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser prostat.
 
Orang yang tidur dalam keadaan gelap, maka tubuhnya dapat memproduksi hormon ini.
Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti..



Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para ilmuwan dari Barat. Pengaji menemui bahwa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, dapat megaktifkan secara berlebihan sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.
 
Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahwa seseorg blh menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Subhanallah... demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah perubatannya baru terungkai. 
Wallahu a'lam bish shawab.
Sebarkan ini wahai saudaraku agar saudara kita yang lain mengetahuinya ...
Kredit:rahasiahidupsehatdunia.blogspot.com
 

Wednesday, 12 April 2017

Apabila Datangnya Hari Kiamat, "Semua Akan Hancur, Kecuali 7 Ciptaan Allah Ini

Apabila Datangnya Hari Kiamat, "Semua Akan Hancur, Kecuali 7 Ciptaan Allah Ini"

Sebagai seorang Islam menjadi kewajiban pada kita untuk percaya akan hari kiamat. Pasti masa mendengarnya, yang terbayang adalah kehancuran seluruh alam dunia berikut isinya. Dalam Al Quran pun dijelaskan bahawa keadaan manusia pada masa itu seperti anai-anai yang bertebaran dan apa yang ada pada masa itu semuanya sudah dalam keadaan mati. Namun ternyata terdapat beberapa perkara yang tidak hancur apabila hari kiamat.





Anda tidak salah baca, memang saat terompet sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil, dengan kuasa Allah dan beserta ketetapanNya, beberapa perkara berikut ini akan ada mesti yang lain telah tiada.


1. Syurga Dan Neraka


Allah telah menjelaskan dengan terang bahawa saat hari kiamat tiba, neraka dan syurga tidaklah hancur. Keadaan ini diabadikan dalam surat Hud ayat 106-108.


"Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga. Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain) sebagai karunia yang tiada putus-putusnya " (QS Hud 106-108 )




Secara ringkas bahawa Allah memberi jaminan bahawa neraka dan syurga kekal meski yang lain telah binasa. Itu merupakan hak Allah dalam menetapkan sesuatu.


2. Arsy Allah SWT

Hal yang tidak akan hancur lain adalah Arsy yang mempunyai makna singgahsana Allah SWT. Jaminan Allah terhadap keabadian Arsy terukir indah dalam Al Quran surat Az Zumar 74-75 yang berbunyi:


"Dan mereka berkata" Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini (Syurga) kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang -orang yang beramal "dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya, lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan" Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam " ( QS Az Zumar 74-75)


Masih banyak lagi hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang kekalnya Arsy dan Arsy bukan termasuk dari salah satu makhluk yang diciptakan selama kurun 6 hari serta tidak pula dibelah maupun dipecah.


3. Kerusi Allah SWT

Tak hanya mempunyai singgasana, Allah pun mempunyai kerusi. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW "Tidaklah langit yang tujuh dibanding kerusi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang" (HR Ibnu Hiban)


Dengan kata lain, para ulama bersepakat bahawa yang tidak hancur apabila hari kiamat adalah kerusi Allah salah satunya. Wallahu 'Alam daripada apa wujud dari kerusi Allah tersebut.


4. Lauhul Mahfuzh

Catatan manusia selama hidupnya tercatat jelas dalam Lauh Mahfuzh. Ternyata Lauh Mahfudz termasuk dalam beberapa hal yang tidak akan musnah apabila hari kiamat. Lauh Mahfuz secara ringkas merupakan kitab tempat Allah menuliskan segala yang ada di alam semesta ini.


"Tidak seorang pun yang ada di langit dan di bumi, melainkan terdapat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)" (QS An Naml 75)


5. Qalam Atau Pena

Pena disini bukanlah pena yang kita lihat dan sering digunakan. Namun pena yang tidak akan hancur saat kiamat adalah pena Allah atau Qalam. Para ulama mengatakan bahawa Qalam merupakan makhluk pertama yang Allah ciptakan. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.


"Sesungguhnya makhluk yang pertama kali Allah ciptakan adalah Al Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya: Tulislah! Kemudian Al Qalam berkata" Wahai Rabbku, apa yang akan aku tulis? Kemudian Allah berfirman "Tulislah takdir segala sesuatu sehingga datang hari kiamat (HR Abu Dawud) .


6. Tulang Ekor Manusia

Saat tubuh manusia hancur di hari kiamat tersebut, salah satu bahagian tubuh manusia iaitu tulang ekor justru terlihat sebaliknya. Ini bukanlah sebuah karangan ataupun khayalan kerana sesuai dengan hadis Rasulullah yang berbunyi "Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang iaitu tulang ekor. Darinya manusia dibangkitkan kembali pada hari kiamat " (HR Bukhari).


7. Roh

Meski roh merupakan urusan yang Allah sahaja yang tahu, namun sifat roh telah diterangkan oleh Allah sebagai salah satu yang tidak hancur meskipun terjadi kiamat. Roh yang terdapat dalam diri manusia jika sudah waktunya meninggal dunia maka akan dicabut dan dikembalikan semula ketika hari kebangkitan. Para ulama pun bersepakat tentang abadinya roh manusia.


Memang jelas bahawa beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini. Hal yang berkaitan dengan kiamat pun meski kita sedari dengan landasan Al Quran dan Sunnah Rasul.

Kredit:tambahcheesedotcom

Tuesday, 11 April 2017

8 Produk ‘Islamik’ Ini Bukti Orang Kita Berniaga Sambil Tunggang Agama. Akhir Zaman!

  • Suatu ketika dulu, orang ramai tidak henti-henti bercakap mengenai satu topik yang sangat hangat di media sosial iaitu 'Valet Doa'

    • Kedengaran memang agak pelik, bagaimana doa pun boleh 'divaletkan'?

    • Valet Doa merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang urgent, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat.
      says.com
  • Namun, kalau diperhatikan, zaman sekarang ni memang sudah banyak 'servis' sebegini rupa. Yang membezakan adalah jenis dan bentuk kegunaannya saja. Antaranya:

  • 1. Valet doa

      • Fa31
    • Seperti yang kami ceritakan sebentar tadi, valet doa ini adalah satu servis di mana anda boleh mengupah seseorang untuk membacakan doa secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini dicipta khas untuk mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah tetapi mempunyai beberapa hajat yang ingin dikabulkan.

      Valet Doa diasaskan oleh Nasrin Harin, 40, atau lebih dikenali dengan nama Haji Arin yang mana servis ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 yang lalu.

      Pakej bermula dari RM250 sehingga RM5,000 bergantung kepada lokasi doa dibuat dan jumlah doa yang dipohon. Semakin banyak doa, semakin tinggi caj yang dikenakan.

      Jadi agak-agak kalau kita bayar untuk 5 doa, berapa doa yang akan dikabulkan? Hmm...
      says.com
  • 2. Sapuan Sunnah

      • B433
    • Geleng kepala pun ada kami dibuatnya tatkala melihat iklan sebegini. Produk yang dijual adalah produk seks dan model yang digunakan pula adalah 'ala-ala' perempuan berniqab dari timur tengah.

      Kami sendiri pun tak faham 'Sapuan Sunnah' apa yang dimaksudkan. Tapi yang penting pendekatan dan bahasa yang digunakan amat memalukan.
      says.com
  • 3. Milo + Air Zam Zam

      • B823 
    • Seperti kita tahu, air zam zam memang banyak khasiatnya. Ia merupakan air dari telaga yang terletak di kawasan Masjidil Haram, sebelah tenggara Kabah, berkedalaman 42 meter. Disebabkan air ini hanya boleh diperolehi di tanah suci Mekah, jadi untuk menarik pembeli, satu gerai yang menjual air milo telah menjual air minuman tersebut yang dicampurkan bersama air zam-zam. Gambar ini telah tersebar luas di laman sosial sejak tahun lepas lagi.
      says.com
  • 4. Baju Melayu Sunnah

      • D51c
    • Bukan saja 'Sapuan Sunnah', Baju Melayu pun ada yang dijual dalam versi sunnah. Berdasarkan gambar di atas, katanya tukang jahit pernah bermimpi berjumpa nabi. Jadi agaknya setelah bermimpi, tukang jahit terus mendapat ilham menghasilkan Baju Melayu ini.

      Hmm... tapi musykil juga bagaimana pula ia boleh dipanggil sunnah? Mungkin ada yang kurang jelas, sunnah dalam Islam bermaksud sikap, tindakan, ucapan dan cara Rasulullah SAW menjalani kehidupan sehariannya. Contohnya, memakan kurma sewaktu bersahur dan berbuka di bulan Ramadan. Jadi bagaimana pula Baju Melayu ini boleh dilabelkan sebagai sesuatu yang 'sunnah'?
      says.com
  • 5. Telur Halal

      • 7b4d 
    • Yang ini pula telur yang dijual dengan cop 'Halal'. Pening kepala pun ada tatkala membaca penerangan dan info mengenai telur ini. Katanya ayam-ayam yang menghasilkan telur ini telah diperhatikan pergaulannya agar tidak terlibat dengan pergaulan dan seks bebas.

      "Kami menjamin setiap penjantan hanya boleh membuahi 4 indukan sesuai syari'ah."

      Hmmm sungguh musykil bagaimana pula telur ini diklasifikasikan sebagai halal. Jadi, ayam kampung kat kampung kita tu boleh makan ke tidak?

      Tapi ramai yang kata, ini troll sahaja.
  • 6. Ayam terapi Al-Quran

      • 00bc
    • Bukan sekadar telur, ayam juga kini dijual setelah diterapikan dengan ayat suci Al-Quran. Katanya, ayam-ayam dibela dalam gelombang Al-Quran. Wow agak rare dan power, tapi bagaimana mereka lakukannya?

      Ayam ini juga dikatakan boleh membuat minda kita jadi lebih tajam kalau kita makan. Bukan itu sahaja, kesihatan kita pun akan bertambah baik dengan memakan ayam-ayam terapi ini.

      Menurut sumber, selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, peniaga akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika itu, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat Al-Quran dan Ruqyah.

      Berbeza dengan harga ayam biasa, ayam-ayam yang digelombangkan dengan bacaan Al-Quran ini dijual pada harga RM14 sekilo. Dua kali ganda daripada harga ayam biasa.
      says.com
  • 7. Air terapi gelombang azan

      • 1de1 
    • Kalau ayam pun dah digelombangkan dengan Azan, tak kan air pun kita tak nak gelombangkan? Katanya air ini sangat bagus diminum dan diedarkan oleh Furqan Network Marketing.

      Cuma kami tertanya-tanya bagaimana air ni dibuat ?

      Di azan kan setiap botol?
      Di azan kan dalam tangki air?
      Di azan kan dalam kolah air?
      Di azan kan dalam kolam?
      Di azan kan di sungai?

      Kalau begitu, bagaimana pula dengan air kolam masjid yang hari-hari terima gelombang azan? Itu belum lagi dengan gelombang surah Al-fatihah yang imam bacakan setiap kali solat. Mesti lebih mahal kan?
      says.com
  • 8. Air terapi Al-Khodafi

      • 2c7f 
    • Jika anda fikir air terapi azan tak cukup bagus, anda boleh dapatkan air Al-Khodafi ini. Katanya air ini boleh merawat saka, sihir, santau dan gangguan mental kerana keistimewaannya. Air ini dirawat dengan kaedah Nano Hydronium serta mengandungi pelbagai bahan baik seperti sarang anai-anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran) dan air hujan malam Jumaat 10 Muharam. WOW!

      Yang kami pelik, kalau malam Jumaat 10 Muharam tu tak hujan, macam mana pulak diorang nak dapatkan?

      kredit:says.com

Monday, 10 April 2017

Kalaulah ALLAH Tunjuk Perkara Macam Ni Berlaku Dekat Setiap Mayat Orang Yang Suka Mengumpat, Nescaya Tak Akan Ada Sorang Pun Yang Berani Mengumpat Lagi Dah... NAUZUBILLAHIMINZALIK!!!


Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.


Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil.


Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.


Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kainkapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.


Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.


Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.


“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu.


Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.


“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat.Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.


Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.


Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.


Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.


Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bilamendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah.


Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.


Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.


Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan,liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.


Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?


Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.


Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.


Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu.


Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.


Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat.


Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.


Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.




“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.


Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.


Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.


Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.


Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.

Kredit:tambahcheese

Sunday, 9 April 2017

Rupa-rupanya ini Sebab Rasulullah Sukakan Kucing dari Sudut Sains. Untunglah Siapa Bela Kucing...



Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” 
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, 
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu-kredit:PENMERAHPRESS-

Sponsored By