Advertisement

Showing posts with label Sultan Muhammad V. Show all posts
Showing posts with label Sultan Muhammad V. Show all posts

Sunday, 23 April 2017

8 Sifat Istimewa Sultan Muhammad V, Yang Membuktikan Baginda Sultan Terbaik Sepanjang Zaman!!!

8 Sifat Istimewa Sultan Muhammad V, Yang Membuktikan Baginda Sultan Terbaik Sepanjang Zaman!!!

Sultan Muhammad V, telah menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Ini sedikit info tentang Yang Di Pertuan Agong ke 15 ini.

Jom baca perkara-perkara hebat tentang Sultan Muhammad V:


1. Seorang Raja Yang Mesra Rakyat & Menjaga Kebajikan Rakyat
Seperti ungkapan “Raja dan rakyat berpisah tiada”, Sultan Muhammad V sentiasa bersama rakyat dengan memastikan kepentingan dan keperluan mereka terjaga.

Pernah dahulu, Baginda pernah menyamar sebagai orang biasa untuk membantu mangsa banjir di negerinya.

2. Sentiasa Turut Serta Acara Bersama-Sama Rakyat
Sebelum ini ada satu perogram walkathin di raja.

Sebenarnya, Baginda sendiri mencadangkan untuk mengadakan Program Walkathon D’Raja Kelantan setiap tahun.

Sultan Muhammad V bersama-sama rakyat akan berjalan sejauh tujuh kilometer di sekitar bandar Kota Bharu.

Setiap kali bulan Ramadhan, baginda sendiri akan duduk bersama-sama rakyat untuk berqiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan.

3. Baginda Mempunyai Ilmu Pengetahun Yang Luas
Tengku Ibrahim Farihaddin menyifatkan sepupunya itu seorang yang sangat gemar membaca dan berpengetahuan tinggi dalam sesuatu perkara.

“Baginda seperti ensiklopedia kadang-kadang, kerana apa-apa perkara yang saya tidak tahu, saya akan bertanya kepada baginda dan baginda pasti akan dapat memberi jawapan kerana baginda seorang yang sangat gemar membaca dan selalu bertanya dengan pakar dalam pelbagai bidang.

“Jadi baginda seorang yang mempunyai ilmu pengetahun yang luas dan kami akan berbincang tentang sebarang topik.”

4. Baginda Sangat Suka Bersukan
Baginda gemar melakukan aktiviti bersukan sebagaimana yang dipraktikkan Nabi Muhammad SAW.

Antaranya memanah, menembak, lumba kuda, berenang, aktiviti lasak pacuan empat roda dan memancing.

5. Baginda Sangat Sukakan Haiwan
Jika seseorang itu sukakan haiwan, bermakna dia seorang yang penyanyang.

Semeamngnya Baginda seorang yang menyukai haiwan. Baginda turut memelihara pelbagai haiwan seperti kucing, kambing dan burung unta.

6. Baginda Sentiasa Memuliakan Ilmuan Agama
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, baginda sering merujuk kepada beliau mengenai perkara-perkara yang berkaitan hukum-hakam Islam.

7. Baginda Seorang Yang Terbuka & Menerima Pandangan Orang Lain
“Saya melihat, sepanjang saya menjadi mufti, tidak ada satu (perkara) yang apabila diberi pandangan, tidak diterima baginda,” kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

8. Baginda Gemar Mempelajari Ilmu-Ilmu Islam
“Sebagaimana umum mengetahui, usrah Diraja Kelantan memang gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam, justeru baginda akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian. 
Sumber: BERNAMA

 

Sponsored By