Ia bukan satu isu kesihatan baru. Selain mengambil ubat atau menyapu
minyak panas, anda juga boleh redakannya dengan memakan lima makanan
ini. Siapa tahu ia mungkin berkesan untuk anda.
Salah satu punca pening kepala ialah dehidrasi, dan memakan tembikai
adalah salah satu cara mudah untuk menghidrat kembali tubuh anda. Ia
mengandungi air yang tinggi dan juga gula yang sihat. Sama ada
memakannya terus atau jadikannya jus, tembikai berkesan menyalurkan
kembali kekurangan air dalam badan. Ia juga ringan dan punya efek
penyejuk badan (cooling).
Cendawan
Cendawan punya kandungan vitamin B2 yang tinggi yang mana nutrien ini
penting untuk memberi tenaga sekaligus meredakan pening kepala. Selain
cendawan, brokoli dan bayam juga mewah dengan manfaat vitamin B2.
Vitamin B2 juga dikenali sebagai riboflavin yang mana ia bertindak
menyalurkan tenaga daripada serapan karbohidrat, lemak dan protein.
Salmon
Salmon mengandungi omega-3 fatty acids yang bertindak
mengurangkan keradangan dan juga pening kepala. Selain salmon, ikan
sardin juga juga boleh dijadikan pengganti. Menurut kajian Institut
Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, minyak ikan yang ditemui dalam
ikan seperti salmon dan sardin mengandungi bahan anti-radang semula jadi
yang bertindak mengurangkan kesakitan kepala juga migrain.
Yogurt
Mengambil snek ringan yang tinggi kandungan kalsium juga boleh
merehatkan badan juga kepala. Selain dehidrasi, pening kepala juga
mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pilih yang tidak mengandungi
lemak seperti Yogurt Greek. Satu kajian yang dijalankan Universiti
Manchester, United Kingdom, wanita yang mengambil 4.4 auns yogurt setiap
hari Berjaya mengurangkan masalah inflammation termasuklah pening kepala.
Pisang
Ini salah satu pilihan yang anda ada jika diserang sakit kepala. Pisang
punya kandungan magnesium yang tinggi yang mana ia bertindak merehatkan
saluran darah sekaligus meredakan sakit kepala. Pisang juga mewah dengan
potasium.
Sumber: Majalah EH
No comments:
Post a Comment