Mengapa Rasulullah SAW Melarang Membunuh Semut? Inilah Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu
Bolehkah
kita membunuh semut dengan racun sedangkan semut merupakan salah satu
dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya.
Masalahnya, semut terdapat dimana-mana sahaja termasuk didalam beras, sinki dan disoket lampu.
Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.
Adakah
Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,
bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di
dalam sarang?
Dalam
sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW melarang
membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan
burung Shurad."
Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.
Islam
merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak
ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula satu perkara
itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang
boleh meringankannya.
Semut
sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya
menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitan dan
sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh
bukanlah perkara yang kita inginkan.
Jika
ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke
luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat
kembali sarangnya.
kalau
nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi
kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat
Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan..
Kamu
adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu
mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar
rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..
Jika
kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur
ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam
ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman
a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
sepanjang masa.
Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment